Xiaomi Mi A2 Dengan Sokongan Android One, Snapdragon 660 Dan Kamera Hadapan AI 20MP Dilancarkan Secara Rasmi Comments Off on Xiaomi Mi A2 Dengan Sokongan Android One, Snapdragon 660 Dan Kamera Hadapan AI 20MP Dilancarkan Secara Rasmi

Di dalam majlis pelancaran global yang diadakan hari ini di Sepanyol, Xiaomi telah memperlihatkan kemunculan telefon pintar berasaskan platform Android One terbarunya dengan pelancaran model Xiaomi Mi A2. Sama seperti generasi pertamanya, Mi A2 dilihat masih mengekalkan sokongan spesifikasi yang sama seperti model Mi 6X yang diperkenalkan eksklusif untuk pasaran di China.

Perbandingan spesifikasi Xiaomi Mi A2 dengan Mi A1.

Xiaomi Mi A2 dengan rekaan kerangka logam berukuran 7.3mm ini menyaksikan penambahbaikan pada aspek penggambaran apabila menawarkan kamera hadapan beresolusi 20 Megapiksel dengan sokongan mod kecantikan AI dengan efek bokeh. Bagi memastikan penggambaran yang sesuai untuk apa jua persekitaran, ia turut dilengkapi Soft Selfie Light, mod HDR automatik, dan juga fungsi 4 dalam 1 Super Pixel untuk swafoto di dalam persekitaran kurang cahaya.

 

Keupayaan penggambaran utamanya juga tidak mengecewakan kerana masih mengekalkan sokongan dwi kamera beresolusi 12 Megapiksel (IMX486) + 20 Megapiksel (IMX376) dengan bukaan aperture sehingga f/1.75. Sebagaimana kamera hadapannya, lensa utama beresolusi 20 Megapiksel dengan fungsi Super Pixel yang menjanjikan hasil gambar yang lebih terang.

Xiaomi Mi A2 sememangnya berbeza jika dibandingkan dengan peranti Xiaomi yang lain kerana ia dioperasikan oleh Android 8.1 Oreo berasaskan platform Android One dengan antaramuka Android asli yang lebih kemas. Selain itu ia turut dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 660 berkeupayaan AIE (Artificial Intelligent Engine) dengan sokongan bateri 3000 mAh, port USB Type C dan juga paparan skrin sebesar 6.0 inci FHD+.

Xiaomi Mi A2 ditawarkan dalam tiga warna pilihan.

Harga jualan Xiaomi Mi A2:

  • 32GB + RAM 4GB – €249 (kira-kira RM1,184)
  • 64GB + RAM 4GB – €279 (kira-kira RM1,327)
  • 128GB + RAM 6GB – €349 (kira-kira RM1,660)
Malaysia tersenarai sebagai salah satu daripada negara yang akan menerima kemasukan model Xiaomi Mi A2.
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend