Xiaomi Mi A2 Akan Turut Diperkenalkan Dalam Varian ‘Lite’ Dengan Harga Lebih Murah Comments Off on Xiaomi Mi A2 Akan Turut Diperkenalkan Dalam Varian ‘Lite’ Dengan Harga Lebih Murah

Semalam kami telah melaporkan Xiaomi akan mengadakan majlis pelancaran global yang akan berlangsung pada 24 Julai nanti di Sepanyol. Berdasarkan kepada khabar angin yang diterima, Xiaomi berkemungkinan besar akan memperkenalkan versi global Mi 6X iaitu Mi A2 di dalam majlis tersebut.

Apa yang menariknya, Xiaomi dikatakan akan turut memperkenalkan model Mi A2 dalam varian Lite dengan harga jualan yang lebih murah. Kemunculan varian terbaru ini telah disahkan melalui platform jualan di Poland yang telah mendedahkan gambar, spesifikasi dan juga harga jualan Xiaomi Mi A2 Lite.

Xiaomi Mi A2 Lite akan dijual pada harga yang lebih rendah iaitu PLN1,049 (kira-kira RM1,144) jika dibandingkan dengan Xiaomi Mi A2 yang dijual pada harga PLN1,299 (kira-kira RM1,416) untuk model 32GB + RAM 4GB. Walaupun varian Lite ini akan menyokong spesifikasi yang lebih rendah tetapi menariknya ia menawarkan kapasiti bateri yang lebih besar.

Spesifikasi Xiaomi Mi A2 Lite:

  • Android One
  • Qualcomm Snapdragon 625
  • 64GB + RAM 4GB
  • 5.84 inci FHD+ (2280 x 1080 piksel)
  • Kamera utama: 12 Megapiksel + 5 Megapiksel
  • Kamera hadapan: 5 Megapiksel
  • 4000 mAh
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend