Xiaomi Mi A1 Mula Terima Kemas Kini Android 8.1 Oreo?! 0 142

Xiaomi sebelum ini telah mengakhiri tahun 2017 dengan membawakan khabar gembira kepada pemilik peranti Xiaomi Mi A1 apabila mengumumkan ketersediaan kemas kini Android 8.0 Oreo. Melalui kemas kini tersebut, pengguna peranti itu telah ditawarkan dengan pelbagai fungsi baharu seperti sokongan dot notifikasi, fungsi Auto Fill pada aplikasi, mod malam, Picture-in-Picture (PIP) dan banyak lagi.

Nampaknya pemilik Xiaomi Mi A1 yang dioperasikan oleh platform Android One ini sekali lagi menerima kemas kini yang lebih terkini melalui ketersediaan Android 8.1 Oreo. Tetapi nampaknya kemas kini baharu ini sebenarnya tidak disasarkan untuk kebanyakan pengguna kerana ia merupakan versi kemas kini tidak rasmi dari LineageOS 15.1 berasaskan Android 8.1 Oreo. Ini bermakna hanya pengguna yang mahir dengan pemasangan custom ROM sahaja yang boleh mencubanya.

Sungguhpun begitu, kemas kini dari LineageOS untuk Xiaomi Mi A1 ini dipercayai masih lagi memiliki beberapa isu kecil yang sudah tentunya akan diatasi melalui kemas kini berterusan dari pembangun ROM tersebut. Sebagai rujukan, Android 8.1 Oreo menawarkan ciri-ciri menarik seperti keupayaan untuk melihat peratusan bateri aksesori yang disambungkan dengan Bluetooth, akses Internet yang lebih selamat, pembatalan keupayaan untuk mengimbas cap jari apabila diakses oleh individu lain, keupayaan untuk menetapkan hanya satu bunyi notifikasi pada satu-satu masa, dan banyak lagi.

Muat turun LineageOS 15.1 : XDA Forum

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend