Xiaomi Mi 9T Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM1199 Comments Off on Xiaomi Mi 9T Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM1199 740

Telefon pintar yang ditunggu-tunggu Xiaomi Mi 9T akhirnya dilancarkan secara rasmi di Malaysia hari ini.

Seperti sedia maklum, ia merupakan jelmaan kepada Redmi K20 yang dilancarkan di China akhir bulan lalu.

Xiaomi Mi 9T hadir dengan spesifikasi yang cukup baik seperti penggunaan skrin AMOLED 6.39-inci FHD+ dengan sokongan pengimbas cap jari dalam skrin.

Ia dikuasakan cipset Qualcomm Snapdragon 730 terbaru yang digandingkan dengan beberapa pilihan memori. Ia juga dibungkus bersama bateri berkapasiti 4000mAh serta sokongan pengecasan pantas 18W.

Xiaomi Mi 9T turut dilengkapi tiga kamera beresolusi 48MP (f/1.8, Sony IMX586) + 13MP (Ultra Wide Angle) + 8MP (Telephoto, 2x zum optikal). Penggambaran swafoto pula adalah menggunakan rekaan kamera terangkat beresolusi 20MP.

Pilihan warna yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia adalah Carbon Black, Glacier Blue, dan  Flame Red.


Xiaomi Mi 9T akan dijual dengan tanda harga RM1,199(6GB+64GB) dan RM1,399(6GB+128GB).

Tawaran menarik juga diadakan kepada pengguna Lazada buat masa ini hingga 24 Jun 2019 dengan harga tawaran RM1,099 untuk tempahan terawal.

Untuk jualan kilat pula ia akan diadakan di Lazada pada 25 Jun 2019 jam 10 pagi.

Bagi yang bertanya manakah model Pro untuk peranti ini, pihak Xiaomi memberitahu ia akan dimaklumkan pada masa akan datang. Jadi adakah ia akan masuk atau tidak, kami belum boleh pastikan lagi.

Spesifikasi:

  • 6.39” AMOLED FHD+ (2340 x 1080p)
  • Corning Gorilla Glass 5 / 2.5D glass
  • Android 9 Pie + MIUI 10
  • Qualcomm Snapdragon 730
  • 6GB + 64GB / 128GB
  • 48MP (IMX582) + 13MP + 8MP
  • 20MP selfie
  • 4,000mAh quick charge 18W
  • USB Type-C / Bluetooth 5.0 / bicu audio 3.5mm / Dual 4G
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend