Xiaomi Mi 9 Kini Rasmi Dengan Sokongan Qualcomm Snapdragon 855 Dan Tiga Kamera 48MP Comments Off on Xiaomi Mi 9 Kini Rasmi Dengan Sokongan Qualcomm Snapdragon 855 Dan Tiga Kamera 48MP 462

Akhirnya peranti mercu keluaran Xiaomi yang paling dinanti-nantikan iaitu Xiaomi Mi 9 telahpun dilancarkan secara rasmi hari ini di China selepas pelbagai berita ketirisan tentangnya tersebar di Internet. Dikuasakan dengan pemproses Snapdragon 855, ia merupakan telefon pintar pertama keluaran Xiaomi yang menyokong cipset paling berkuasa daripada Qualcomm.

Sokongan GPU Adreno 640 pada Xiaomi Mi 9 juga turut menjanjikan prestasi permainan yang jauh lebih baik kerana telah dibantu dengan fungsi Game Turbo. Kombinasi ini secara tidak langsung mampu memastikan paparan skrin dan prestasi peranti dioptimumkan bagi mengekalkan kadar bingkai (frame rate) yang lebih tinggi.

Xiaomi Mi 9 hadir dengan skrin 6.39 inci beresolusi 2340 x 1080 piksel dan ia turut dilengkapi dengan panel Corning Gorilla Glass 6. Paparan skrin AMOLED ini turut menempatkan kamera swafoto 20MP (f/2.0) dan juga pengimbas cap jari pada skrin. Ia turut dioperasikan dengan MIUI 10, memori 6GB/8GB + 128GB, dan bateri berkapasiti 3300 mAh dengan pengecasan pantas berwayar 27W serta pengecasan tanpa wayar 20W.

Manakala untuk penggambaran utamanya pula tersedia dengan tiga kamera beresolusi 48MP Sony IMX586 (f/1.75) + 12MP Samsung S5K3M5 (f/2.2) + 16MP Sony IMX481 (f/2.2). Kehadiran tiga lensa berbeza ini membolehkan anda untuk mengambil gambar dengan beberapa mod berbeza iaitu 2x zum optikal beresolusi 12MP, ataupun mod sudut luas serta mod makro menggunakan lensa 16MP.

Xiaomi Mi 9 tersedia dalam tiga warna pilihan iaitu hitam, ataupun warna kecerunan biru dan ungu. Untuk pasaran di China, hanya varian 6GB sahaja ditawarkan dengan harga CNY2,999 (kira-kira RM1,816).

Baca juga:

Xiaomi Mi 9 Transparent Edition Turut Dilancarkan Dengan 12GB RAM Dalam Rekaan Kerangka Lut Sinar

Xiaomi Mi 9 SE Jadi Telefon Pintar Pertama Guna Cip Snapdragon 712 Selain Tri Kamera Belakang

Xiaomi Mi 9 Kini Menduduki Tangga Ketiga Dalam Carta DxOMark Dengan 107 Poin

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend