Xiaomi Mi 9 Dengan Snapdragon 855, Tiga Kamera AI 48MP dan Pengecasan Tanpa Wayar 20W Kini Rasmi – Harga Bermula RM1,699 Comments Off on Xiaomi Mi 9 Dengan Snapdragon 855, Tiga Kamera AI 48MP dan Pengecasan Tanpa Wayar 20W Kini Rasmi – Harga Bermula RM1,699 573

Xiaomi akhirnya telahpun melancarkan peranti mercunya yang paling dinanti-nantikan iaitu Mi 9 untuk pasaran tempatan dengan menjanjikan nilai belian yang sangat berbaloi, kerana menggabungkan antara spesifikasi terbaik pada harga yang sangat kompetitif.

Xiaomi Mi 9 telah dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 855 yang merupakan cipset mudah alih paling berkuasa untuk peranti Android buat masa ini. Ia juga menyokong RAM berkapasiti 6GB, serta dua pilihan ruang storan iaitu 64GB serta 128GB, dengan sentuhan antaramuka MIUI 10 berasaskan Android 9.0 Pie.

Menampilkan paparan skrin AMOLED berukuran 6.39 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel), panel skrin sentuh Mi 9 yang hadir dengan sokongan 2.5D Corning Gorilla Glass 6 ini turut dilengkapi dengan pengimbas cap jadi dalam skrin dan juga ciri AOD (Always-On Display). Manakala untuk panel belakangnya pula diperbuat daripada Corning Gorilla Glass 5 dengan kemasan permukaan Holographic Spectrum.

Tersenarai sebagai lima daripada telefon pintar dengan kamera terbaik di DxOMark dengan skor keseluruhan 107 poin, Mi 9 menjanjikan keupayaan penggambaran tiga kamera AI terbaik dengan resolusi 12MP (Telefoto, 2x zum optikal, f/2.2) + 48MP (Wide Angle, f/1.75 Sony IMX 586) + 16MP (Ultra-Wide Angle, f/2.2). Kamera swafotonya pula menyokong kamera AI  beresolusi 20MP (f/2.0).

Mi 9 yang memiliki bateri 3,300 mAh ini dilengkapi dengan palam kuasa 18W di dalam pakej pembeliannya (sokong output maksimum 27W), dan turut menawarkan ciri pengecasan tanpa wayar 20W yang paling laju boleh dimiliki di pasaran buat masa ini.

Tersedia dalam tiga warna pilihan iaitu Piano Black, Ocean Blue dan juga Lavender Violet, ia akan dijual pada harga RM1,699 untuk varian 6GB + 64GB, dan akan tersedia untuk pembelian secara eksklusif di Lazada pada 6 April 2019. Mi 9 dalam varian 6GB + 128GB pula boleh dimiliki pada harga RM1,999 bermula 13 April 2019 nanti di Mi Store dan juga Maxis.

1000 pembeli terawal yang membuat pra-tempah 6GB + 128GB secara eksklusif di Mi Stores, akan turut menerima pad pengecasan tanpa wayar 20W dan juga palam kuasa 27W secara percuma. Pra-tempah Mi 9 varian 6GB + 128GB boleh dibuat bermula 6 April 2019 (Sabtu).

Baca juga:

Xiaomi Mi 9 Kini Menduduki Tangga Ketiga Dalam Carta DxOMark Dengan 107 Poin

AnTuTu Dedah Senarai 10 Peranti Android Berprestasi Tinggi Untuk Bulan Mac 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend