Xiaomi Mi 9 Dengan MIUI Beta Terbaru Menyokong “3D Air Gesture” Untuk Membuka Aplikasi Comments Off on Xiaomi Mi 9 Dengan MIUI Beta Terbaru Menyokong “3D Air Gesture” Untuk Membuka Aplikasi 290

Xiaomi MIUI versi beta merupakan perisian di mana pembangun akan menguji beberapa fungsi dan ciri terbaru – kebiasaannya pengguna di China akan menerimanya dahulu. Terkini, perisian beta tersebut dilaporkan telah menambah sokongan terbaru yang dipanggil “3D Air Gesture”.

Ciri yang diketengahkan oleh Xiaomi membolehkan pengguna melancarkan aplikasi menggunakan kaedah gerakan tangan di udara. Difahamkan, peranti akan mengesan gerakan tangan jika pengguna melukis huruf M, W, C, atau Z.

Panduan menggunakan fungsi turut dipaparkan semasa membuat tetapan di peranti. Ia memberitahu “Lukis paten di udara dengan telefon untuk membuka aplikasi. Buka Home screen dan lukis salah satu paten untuk membuka aplikasi terpilih.”

Di bawah merupakan video demonstrasi oleh sumber untuk menunjukkan bagaimana fungsi gerakan tangan ini dapat dilakukan.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend