Xiaomi Mi 8 SE Dan Redmi Note 5 Kini Diperkenalkan Dalam Varian 128GB + RAM 6GB Comments Off on Xiaomi Mi 8 SE Dan Redmi Note 5 Kini Diperkenalkan Dalam Varian 128GB + RAM 6GB

Xiaomi sebelum ini telahpun melancarkan secara rasmi model Mi 8 SE dan juga Redmi Note 5, tetapi kedua-dua model ini menawarkan sokongan memori yang agak kecil iaitu 64GB + RAM 4GB/6GB untuk Mi 8 SE dan 64GB + RAM 4GB untuk Redmi Note 5.

Hari ini Xiaomi telah membawakan satu lagi varian tertinggi untuk kedua-dua model tersebut dengan penawaran memori yang lebih besar iaitu 128GB + RAM 6GB. Xiaomi Mi 8 SE dan Redmi Note 5 dengan sokongan memori yang lebih besar ini masing-masing akan dijual pada harga CNY2,299 (kira-kira RM1,374) dan CNY1,699 (kira-kira RM1,016).

Xiaomi Mi 8 SE

Xiaomi Mi 8 SE dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 710, menyokong antaramuka MIUI 10 berasaskan Android 8.1 Oreo, skrin 5.88 inci AMOLED FHD+, dwi kamera utama 12 Megapiksel + 5 Megapiksel, kamera hadapan 20 Megapiksel, bateri 3120 mAh dengan sokongan Quick Charge 3.0, dan juga sambungan USB Type-C.

Xiaomi Redmi Note 5

Manakala Xiaomi Redmi Note 5 pula dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 636, dioperasikan oleh MIUI 9.5 berasaskan Android 8.1 Oreo, skrin 5.99 inci IPS LCD FHD+, dwi kamera 12 Megapiksel + 5 Megapiksel, kamera hadapan 13 Megapiksel, dan juga bateri 4000 mAh, dan juga sambungan microUSB.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend