
Xiaomi sebelum ini telah memperkenalkan model Mi 8 Lite yang disasarkan untuk segmen kelas pertengahan, dan ia hanya ditawarkan untuk pasaran di China sahaja.

Namun melalui perkongsian Twitter oleh Donovan Sung selaku jurucakap global Xiaomi, model itu sudahpun mula dijual untuk pasaran di Perancis dan Ukraine. Tambahnya lagi, lebih banyak negara global akan menerima kemasukan Xiaomi Mi 8 Lite ini pada masa akan datang. Namun begitu buat masa ini tidak pula didedahkan senarai negara yang akan menerimanya.
#Mi8Lite, now available in Ukraine and France, and coming soon to our other global markets. Which feature is everyone most excited about? ❤️
Get ready for some colorful mixes.#Xiaomi pic.twitter.com/cqhV9f8Fp4
— Donovan Sung (@donovansung) October 29, 2018
Walaupun Xiaomi Mi 8 Lite dijual pada harga yang lebih mampu milik, ia masih menawarkan rekaan premium mirip seperti siri Mi 8 yang lain. Mi 8 Lite menyokong nisbah paparan 19:9 dengan skrin berukuran 6.26 inci FHD+, dioperasikan dengan MIUI 10 berasaskan Android 8.1 Oreo dan juga dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 660.
Mi 8 Lite juga menjanjikan kualiti penggambaran yang baik dengan sokongan kamera swafoto 24MP yang dilengkapi ciri AI untuk gambar dan video, serta dwi kamera utama beresolusi 12MP + 5MP. Ketahanan pula dibantu dengan bateri berkapasiti 3350 mAh yang boleh dicas menggunakan port USB-C.
Berdasarkan laman rasmi Xiaomi di Perancis, hanya dua varian Mi 8 Lite akan ditawarkan iaitu 4GB + 64GB dengan harga €269.90 (kira-kira RM1,282). Manakala varian 6GB + 128GB pula dijual pada harga €309.90 (kira-kira RM1,472).