Xiaomi Mi 8 Lite Dengan Qualcomm Snapdragon 660 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Comments Off on Xiaomi Mi 8 Lite Dengan Qualcomm Snapdragon 660 Kini Dilancarkan Secara Rasmi

Hari ini Xiaomi dengan rasminya telahpun melancarkan satu lagi model dari siri Mi 8 dengan penawaran Xiaomi Mi 8 Lite atau turut dikenali sebagai Xiaomi Mi 8 Youth untuk pasaran di China. Model mampu milik terbaharu dari siri Mi 8 ini merupakan telefon pintar yang pertama diperkenalkan oleh Xiaomi dengan kemasan warna dua tona yang sebelum ini telah dipopularkan oleh Huawei.

Xiaomi Mi 8 Lite hadir dengan rekaan takuk bersaiz sederhana.

Xiaomi Mi 8 Lite menyokong paparan skrin dengan nisbah 19:9 berukuran 6.26 inci FHD+ (2560 x 1080 piksel) dan ia telah dikuasakan oleh pemproses 10nm daripada Qualcomm Snapdragon 660, sama seperti Xiaomi Mi A2. Ketahanan baterinya pula telah dijana dengan kuasa sebesar 3350 mAh dengan sokongan teknologi pengecasan pantas Quick Charge 3.0 pada port USB Type-C yang ditawarkannya.

Xiaomi Mi 8 Lite menyokong saiz kerangka dan juga bezel yang lebih nipis berbanding iPhone XR.

Dari segi penggambaran pula, Mi 8 Lite dilengkapi dengan kamera hadapan beresolusi 24MP (f/2.2) menggunakan sensor Sony IMX576. Manakala untuk kamera utamanya pula telah tersedia dwi lensa beresolusi 12MP + 5MP (f/1.9). Kedua-dua kamera hadapan dan belakangnya turut diperhebatkan lagi dengan ciri kecerdasan buatan (AI).

Twilight Gold, Dream Blue dan Black.

Xiaomi Mi 8 Lite menyokong tiga konfigurasi memori berbeza iaitu 4GB + 64GB berharga CNY1399 (kira-kira RM846), 6GB + 64GB pula ditawarkan pada harga CNY1699 (kira-kira RM1027), manakala varian 6GB + 128GB boleh dimiliki pada harga CNY1,999 (kira-kira RM1209). Terdapat tiga warna pilihan iaitu Dream Blue, Twilight Gold dan juga Black.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend