Berita Bocor : Xiaomi Mi 7 Hadir Dengan Nama Kod ‘Dipper’ Di AnTuTu Comments Off on Berita Bocor : Xiaomi Mi 7 Hadir Dengan Nama Kod ‘Dipper’ Di AnTuTu

Baru sahaja kami mendedahkan satu model misteri yang menggunakan nama kod ‘Berlin’, kini timbul satu lagi model misteri yang dikenali dengan nama kod ‘Dipper’. Berbeza dengan Xiaomi Berlin yang disasarkan untuk pasaran telefon pintar kelas pertengahan, Xiaomi Dipper pula merupakan sebuah model flagship.

Melalui screenshot benchmark AnTuTu, Xiaomi Dipper telah dioperasikan dengan Android 8.0 Oreo, dikuasakan oleh cip pemproses paling berkuasa dari Qualcomm iaitu Snapdragon 845, dan juga menyokong RAM berkapasiti 6GB. Ujian benchmark yang dibuat pada 12 Mac 2018 itu telah menyaksikan Xiaomi Dipper atau dipercayai model Mi 7 ini telah mencatatkan skor 2449 untuk Single-Core, manakala skor Multi-Core pula mencatatkan 8309.

Rekaan konsep paparan skrin dengan takuk pada Xiaomi Mi 7.

Malah XDA Forum juga telah berjaya mendedahkan bahawa Xiaomi Mi 7 (Dipper) akan menggunakan paparan OLED dari Samsung berukuran 6.01 inci dengan sentuhan takuk pada bahagian atas skrin. Ia juga dikatakan menyokong fungsi AOD (Always-on Display) dan juga keupayaan pengecasan tanpa wayar 7.5W sama seperti iPhone X.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend