Xiaomi Mi 6 Ikut Jejak Langkah Redmi 4X, Tetapi Lebih Baik… 0 140

Baru semalam kami berkongsi dengan pembaca bahawa Xiaomi telah memperkenalkan kemas kini MIUI 9.2 Global Stable ROM untuk model Redmi 4X. Nampaknya hari ini Xiaomi telah mengumumkan pula kemas kini terbaharu untuk model flagship iaitu Mi 6.

Sama seperti kemas kini Redmi 4X, pengguna Mi 6 juga akan turut menerima MIUI 9.2 Global Stable ROM dengan membawakan versi V9.2.3.0.OCAMIEK. Apa yang lebih menariknya, peranti flagship ini telah menerima kemas kini yang lebih besar kerana ia akan menaik taraf sistem operasi dari Android 7.1.1 Nougat ke Android 8.0 Oreo.

Kemas kini MIUI 9.2 untuk Mi 6 turut membawakan beberapa ciri baharu seperti animasi ikon bergantung kepada tema yang dipilih, pembaharuan antaramuka serta keputusan carian yang lebih mudah dilihat pada aplikasi Contacts, dan juga membetulkan pelbagai isu atau bugs yang terdapat pada versi MIUI sebelum ini.

Anda boleh memuat turun kemas kini MIUI 9.2 ini terus secara OTA (Over-The-Air) ataupun memasangnya secara manual di forum MIUI.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend