Xiaomi Mi 10 Youth 5G Kini Rasmi Dengan Snapdragon 765G Dan 50x Zum Digital Comments Off on Xiaomi Mi 10 Youth 5G Kini Rasmi Dengan Snapdragon 765G Dan 50x Zum Digital

Hari ini Xiaomi telahpun mengumumkan varian paling rendah untuk siri Mi 10 dengan pelancaran model Mi 10 Youth 5G untuk pasaran di China. Disasarkan untuk golongan remaja, ia menampilkan sokongan spesifikasi kelas pertengahan.

Mi 10 Youth 5G telah dikuasakan dengan cipset Snapdragon 765G yang dilengkapi dengan cip modem 5G dwi mod (SA/NSA). Ia juga menyokong RAM LPDDR4X sehingga 8GB, storan dalaman UFS 2.1 sehingga 256GB, dan juga dioperasikan dengan antaramuka MIUI 11 berasaskan Android 10.

kredit: @xiaomishka

Walaupun disasarkan untuk segmen kelas pertengahan, Mi 10 Youth 5G menyokong paparan AMOLED FHD+ (2400 x 1080 piksel) berukuran 6.57 inci dengan teknologi HDR10+ dan juga pengimbas cap jari di dalam skrin.

Keupayaan penggambaran Mi 10 Youth 5G tersedia dengan kuad kamera beresolusi 48MP + 8MP (Ultra Wide) + 8MP (Telephoto) + 2MP (Macro). Menariknya ia mampu menyokong 5x zum optikal, 10x zum hybrid, dan sehingga 50x zum digital. Manakala kamera depannya pula beresolusi 16MP.

Mi 10 Youth 5G turut menawarkan bateri berkapasiti 4160mAh dengan teknologi pengecasan pantas 22.5W. Selain itu ia turut menyokong NFC, bicu audio 3.5mm, port Inframerah, dan juga GPS dwi frekuensi.

Ditawarkan dalam lima warna iaitu White, Black, Blue, Peach dan Mint Green, Mi 10 Youth 5G ditawarkan pada harga seperti berikut:

  • 6GB + 64GB – CNY2,099 (~RM1,291)
  • 6GB + 128GB – CNY2,299 (~RM1,415)
  • 8GB + 128GB – CNY2,499 (~RM1,538)
  • 8GB + 256GB – CNY2,799 (~RM1,722)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend