Xiaomi Mi 10 Pro Pula Habis Terjual Dalam Tempoh 55 Saat, Lebih Pantas Berbanding Jualan Mi 10 Comments Off on Xiaomi Mi 10 Pro Pula Habis Terjual Dalam Tempoh 55 Saat, Lebih Pantas Berbanding Jualan Mi 10

Baru minggu lepas Xiaomi berkongsi bahawa kesemua Mi 10 berjaya dijual dalam tempoh satu minit dengan rekod jualan mencecah sehingga RM118.6 juta. Bahkan sesi jualan kedua peranti ini telah dijadualkan akan diadakan pada 21 Februari nanti.

Menariknya Mi 10 Pro dilihat telah berjaya mengatasi rekod jualan Mi 10 untuk jualan pertamanya apabila kesemua unit telah habis terjual dalam tempoh 55 saat sahaja. Sama seperti jualan Mi 10, hasil jualan Mi 10 Pro ini turut menjana pendapatan sebanyak CNY200 juta (~RM118.6 juta).

Walau bagaimanapun, Xiaomi dilaporkan bakal berhadapan dengan isu bekalan siri Mi 10 untuk tempoh beberapa minggu akan datang. Ini berikutan cuti Tahun Baharu Cina dan juga wabak COVID-19 yang sedang melanda negara tersebut telah menjejaskan pengeluaran peranti tersebut.

sumber

Spesifikasi Xiaomi Mi 10 Pro:

  • MIUI 11 (Android 10)
  • Qualcomm Snapdragon 865
  • 8GB/12GB + 128GB/256GB (UFS 3.0)
  • 6.67 inci AMOLED FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • Kadar segar semula 90Hz, DCI-P3, HDR10+
  • Kamera utama: 108MP (f/1.7, OIS) + 20MP (Ultra Wide, f/2.2) + 8MP (Telephoto, f/2.0, OIS) + 12MP (Portrait, f/2.0)
  • Kamera depan: 20MP (f/2.0)
  • Speaker stereo
  • 5G, WiFi 802.11ax (WiFi 6), Bluetooth 5.1, USB Type-C
  • 4500mAh
  • Pengecasan pantas 50W, pengecasan pantas tanpa wayar 30W, pengecasan berbalik 10W
  • Pilihan warna: Pearl White, Starry Blue

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend