Xiaomi Mi 10 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 22 April Ini Comments Off on Xiaomi Mi 10 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 22 April Ini

Xiaomi Malaysia menerusi hantarannya di Facebook hari ini telah menyebut bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar terbaru pada 22 April 2020. Berdasarkan imej acah yang dimuat naik oleh Xiaomi, mereka turut memberi gambaran bahawa peranti itu akan dilengkapi kamera 108MP selain slogan ‘5omethinG 1s c0ming’ itu juga memberi petunjuk kepada sokongan ‘5G’ dan ’10’ untuk siri peranti.

Jadi apa yang boleh dirumuskan ialah Xiaomi bakal melancarkan Mi 10 Pro untuk pasaran tempatan pada minggu hadapan. Peranti ini juga akan dilengkapi dengan sokongan 5G berikutan penggunaan cip pemproses Snapdragon 865.

Menguatkan lagi dakwaan peranti itu ialah Mi 10 Pro adalah kehadiran pembesar suara stereo di bahagian atas dan bawah kerangka. Rujuk pada imej acah tersebut jika anda tidak percaya.

sumber

Baca tentang spesifikasi:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend