Xiaomi Mi 10 / Mi 10 Pro Akan Dilancarkan Di Peringkat Global Pada 23 Feb Ini Comments Off on Xiaomi Mi 10 / Mi 10 Pro Akan Dilancarkan Di Peringkat Global Pada 23 Feb Ini

Peranti yang ditunggu-tunggu oleh peminat Xioami akhirnya akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu pada 23 Februari ini di Barcelona bersempena acara MWC 2020.

Baca: Xiaomi Mi 10 Akan Hadir Dalam Memori Minimum 8GB LPDDR5 Dengan Storan Dalaman 128GB

Mi 10 dan Mi 10 Pro adalah antara produk yang akan diperkenalkan oleh Xiaomi pada acara mudah alih terbesar itu. Tiada maklumat mengenai peranti didedahkan kecuali tarikh dan lokasi.

Peranti mercu ini dikatakan hadir dengan cip pemproses Snapdragon 865, memori LPDDR5 minimum 8GB RAM, storan jenis UFS 3.1, kamera 108MP, pengecasan pantas 66W, paparan OLED 120Hz, dan sebagainya.

Baca: Gambar Sebenar Xiaomi Mi 10 Pro 5G Dengan Kuad Kamera 108MP Dan Pengecas 65W Tertiris

Apa-apapun kita nantikan sahaja pelancaran rasmi kedua-dua peranti ini untuk mengetahui harga serta ketersediaannya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend