Xiaomi Mi 10 Dan Mi 10 Pro Kini Rasmi Dengan Snapdragon 865, RAM 12GB LPDDR5, Skrin 90Hz Dan Kuad Kamera 108MP Comments Off on Xiaomi Mi 10 Dan Mi 10 Pro Kini Rasmi Dengan Snapdragon 865, RAM 12GB LPDDR5, Skrin 90Hz Dan Kuad Kamera 108MP

Seperti yang dijadualkan, hari ini Xiaomi telahpun melancarkan secara rasmi dua peranti mercunya dengan kemunculan Mi 10 dan juga Mi 10 Pro untuk pasaran di China.

Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro telah menampilkan paparan skrin melengkung jenis AMOLED berukuran 6.67 inci dengan kadar segar semula 90Hz, teknologi Touch Sensing 180Hz, HDR10+, DCI-P3 dan juga keterangan maksimum sehingga 1120 nits.

Kedua-dua peranti ini juga telah dikuasakan dengan Snapdragon 865 yang mampu meraih skor AnTuTu sehingga 585,232 mata. Ia juga tersedia dengan RAM LPDDR5 mencecah sehingga 12GB dan juga ruang storan jenis UFS 3.0 sehingga 256GB.

Untuk pengalaman permainan terbaik, kedua-dua model ini turut dilengkapi sokongan speaker stereo penuh, Game Turbo 3.0, dan juga sistem penyejukan yang mampu menyejukkan peranti sehingga 10.5 darjah celsius.

Mi 10 dan Mi 10 Pro juga telah dijana dengan antaramuka MIUI 11 berasaskan Android 10. Manakala untuk sambungan pula, kedua-dua model ini menyokong sambungan WiFi 6 (WiFi 802.11ax) dan juga rangkaian 5G (SA/NSA).

Perbezaan utama antara kedua-dua model ini adalah seperti berikut:

Kamera utama

  • Mi 10
    • 108MP (Samsung ISOCELL Bright HM1, 7P Lens, OIS) + 13MP (Ultra Wide, f/2.4) + 2MP (Macro, f/2.4) + 2MP (Depth, f/2.4)
  • Mi 10 Pro
    • 108MP (Samsung ISOCELL Bright HM1, 8P Lens, OIS) + 20MP (Ultra Wide, f/2.2) + 12MP (Portrait, 2x optical zoom, f/2.0) + 8MP (Telephoto, 10x hybrid zoom, f/2.0, OIS)

Bateri

  • Mi 10
    • 4780mAh
    • Pengecasan pantas berwayar 30W
    • Pengecasan pantas tanpa wayar 30W
    • Pengecasan berbalik tanpa wayar 10W
  • Mi 10 Pro
    • 4500mAh
    • Pengecasan pantas berwayar 50W
    • Pengecasan pantas tanpa wayar 30W
    • Pengecasan berbalik tanpa wayar 10W

Harga dan Pilihan Warna:

  • Mi 10 (Peach Gold / Green / Black)
    • 8GB + 128GB – CNY3,999 (~RM2,372)
    • 8GB + 256GB – CNY4,299 (~RM2,550)
    • 12GB + 256GB – CNY4,699 (~RM2,787)
  • Mi 10 Pro (Blue / White)
    • 8GB + 256GB – CNY4,999 (~RM2,965)
    • 12GB + 256GB – CNY5,499 (~RM3,260)
    • 12GB + 512GB – CNY5,999 (~RM3,558)

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend