Xiaomi Mi 10 Dan Meizu 17 Disahkan Akan Dikuasakan Dengan Cipset Snapdragon 865 Comments Off on Xiaomi Mi 10 Dan Meizu 17 Disahkan Akan Dikuasakan Dengan Cipset Snapdragon 865

Sebagaimana yang telah didedahkan sebelum ini dalam acara Snapdragon Tech Summit 2019 yang berlangsung di Hawaii, Xiaomi telahpun mengesahkan bahawa model Mi 10 keluarannya nanti akan dikuasakan dengan cipset mercu daripada Qualcomm Snapdragon 865.

Malah OPPO juga turut mengesahkan akan tampil dengan peranti mercunya dengan sokongan cipset baharu tersebut bermula tahun depan. Tidak mahu ketinggalan, Meizu juga baru-baru ini turut mengesahkan bahawa Meizu 17 keluarannya nanti akan turut dikuasakan dengan Snapdragon 865.

Apa yang menarik perhatiannya, Meizu turut mendakwa bahawa Meizu 17 bakal menjadi telefon pintar pertama di pasaran yang akan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 865. Berdasarkan perkongsian di Weibo, Meizu 17 akan dilancarkan sekitar hujung bulan April 2020 hingga Jun 2020 nanti.

Baca juga:

Qualcomm Umum Tiga Cipset Terbaharunya Dengan Sokongan 5G – Snapdragon 865, 765 Dan 765G

Redmi K30 Dan OPPO Reno 3 Disahkan Akan Dikuasakan Dengan Cipset 5G Snapdragon 765G

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend