Xiaomi Mi 10 Akan Hadir Dalam Memori Minimum 8GB LPDDR5 Dengan Storan Dalaman 128GB Comments Off on Xiaomi Mi 10 Akan Hadir Dalam Memori Minimum 8GB LPDDR5 Dengan Storan Dalaman 128GB

Dijadualkan akan dilancarkan bermula minggu depan iaitu pada 11 Februari 2020, Lei Jun selaku CEO Xiaomi baru-baru ini dilihat telah mula mengesahkan sokongan varian terendah yang akan diperkenalkan untuk siri Mi 10 itu nanti.

Melalui akaun rasminya di Weibo, Lei Jun telah mengumumkan bahawa siri Mi 10 akan hadir dengan sokongan kombinasi memori minimum iaitu 8GB RAM LPDDR5 dan juga ruang storan sebesar 128GB.

Pendedahan ini secara tidak langsung menjadikan siri Xiaomi Mi 10 sebagai telefon pintar terawal yang akan dikuasakan dengan RAM LPDDR5. Malah penggunaan RAM LPDDR5 minimum sebesar 8GB ini perlu dibuat berikutan pengeluar Micron dilaporkan tidak menghasilkan RAM LPDDR5 berkapasiti 6GB.

Berdasarkan khabar angin yang dikongsikan di Internet, siri Mi 10 berkemungkinan besar akan diperkenalkan dalam empat konfigurasi memori berbeza seperti berikut:

  • 8GB RAM LPDDR5 + 128GB
  • 8GB RAM LPDDR5 + 256GB
  • 12GB RAM LPDDR5 + 512GB
  • 16GB RAM LPDDR5 + 512GB

Menariknya jika dibandingkan dengan RAM LPDDR4x, RAM LPDDR5 dikatakan mampu menjanjikan prestasi 50% lebih berkuasa dan juga ketahanan bateri sehingga 20%.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend