Xiaomi Menjadi Jenama Telefon Pintar Paling Laris Dalam ‘Jualan Besar-Besaran 12.12’ Di Lazada Comments Off on Xiaomi Menjadi Jenama Telefon Pintar Paling Laris Dalam ‘Jualan Besar-Besaran 12.12’ Di Lazada

Bersempena dengan promosi ‘Jualan Besar-Besaran 12.12 di Lazada pada 12 Disember yang lepas, Xiaomi telah berjaya menduduki tangga teratas sebagai jenama telefon pintar paling laris dijual.

Ini secara tidak langsung menyaksikan kecenderungan pengguna di negara ini yang dilihat lebih mengutamakan nilai belian yang paling berbaloi, memandangkan Xiaomi sememangnya terkenal dengan spesifikasi yang baik pada harga mampu milik. Manakala di tempat kedua pula merupakan jenama Apple yang baru sahaja melancarkan tiga model terbaharunya iaitu iPhone XR, XS dan juga XS Max.

ASUS pula berada di tempat ketiga dan ia mungkin didorong oleh ketersediaan pra-tempah model terbaharunya iaitu ASUS ZenFone Max Pro M2 yang boleh dimiliki pada harga di bawah tanda harga RM1,000. Huawei dan OPPO pula masing-masing tersenarai di tangga ke-4 dan juga ke-5 sebagai jenama telefon pintar terlaris.

Baca juga :

Xiaomi Terpilih Sebagai Jenama Paling Laris Dan Redmi 6A Menjadi Model Telefon Pintar Paling Banyak Terjual – Lazada 11.11

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend