Xiaomi Menembusi Pasaran Perancis Dengan Pembukaan Mi Store Pertama Di Paris Pada 22 mei 2018 Comments Off on Xiaomi Menembusi Pasaran Perancis Dengan Pembukaan Mi Store Pertama Di Paris Pada 22 mei 2018

Xiaomi kini dilihat telah meluaskan pasaran globalnya apabila buat pertama kalinya jenama itu telah berjaya menembusi pasaran di Perancis dengan pembukaan Mi Store pertamanya pada 22 Mei 2018 yang lalu. Sehubungan dengan pembukaan Mi Store itu, Xiaomi dilihat telah membawa masuk pelbagai model telefon pintar keluarannya seperti Mi MIX 2S, Redmi Note 5, Redmi 5, Mi A1, dan juga Mi MIX 2.

Selain daripada penawaran model telefon pintar, Xiaomi juga turut memperkenalkan pelbagai produk IoT keluarannya untuk pengguna di Perancis. Pembukaan Mi Store yang pertama di negara itu telah menunjukkan sambutan positif apabila Xiaomi Mi MIX 2S telah berjaya dihabis dijual.

Berdasarkan maklumat terbaru, Xiaomi juga dikatakan akan turut membuka Mi Store pertamanya di Itali yang terletak di Milan pada 24 Mei 2018 nanti. Xiaomi yang dianggarkan bernilai lebih kurang USD100 bilion (kira-kira RM397.5 bilion) telah berjaya menjadi firma teknologi terbesar di China. Malah pada tahun 2017, Xiaomi berjaya memperolehi pendapatan sebanyak CNY114.62 bilion (kira-kira RM71.49 bilion) iaitu peningkatan sebanyak 67.5% berbanding tahun 2016.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend