Xiaomi Menafikan Dakwaan Pelayar Web ‘Mi Browser’ Mengumpul Maklumat Penggunanya Comments Off on Xiaomi Menafikan Dakwaan Pelayar Web ‘Mi Browser’ Mengumpul Maklumat Penggunanya

Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan berita yang melaporkan tentang tindakan Xiaomi mengumpul maklumat pengguna yang menggunakan aplikasi pelayar web, Mi Browser.

Menurut artikel yang dikongsikan oleh Forbes bertarikh 30 April 2020, data itu juga turut dikumpul walaupun pengguna telah mengaktifkan mod incognito pada aplikasi Mi Browser pada peranti Xiaomi.

Ternyata dakwaan itu telah dinafikan oleh pihak Xiaomi melalui maklum balas rasmi yang dikongsikannya hari ini. Xiaomi telah memaklumkan dakwaan itu adalah tidak benar dan sebagai sebuah syarikat Internet, keselamatan dan privasi pengguna adalah prinsip teras dan asas kerja seharian Xiaomi.

Malah syarikat dan organisasi pihak ketiga antarabangsa yang terkenal iaitu TrustArc dan British Standard Instituition (BSI) telah mengesahkan amalan keselamatan dan privasi telefon pintar Xiaomi dan aplikasinya, termasuk Mi Browser.

Untuk maklumat lanjut berhubung perkara ini, anda boleh layari pautan https://blog.mi.com/en/2020/05/02/live-post-evidence-and-statement-in-response-to-media-coverage-on-our-privacy-policy/.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend