Xiaomi Melancarkan Mi Box S Untuk Pasaran Global Dengan Alat Kawalan Baharu Serta Rekaan Yang Diperbaharui Comments Off on Xiaomi Melancarkan Mi Box S Untuk Pasaran Global Dengan Alat Kawalan Baharu Serta Rekaan Yang Diperbaharui

Xiaomi sebelum ini telahpun melancarkan Android TV box iaitu Mi Box 4 secara eksklusif untuk pasaran di China pada Januari awal tahun ini. Selepas lama menunggu, baru-baru ini Xiaomi akhirnya melancarkannya untuk pasaran global dengan menggunakan nama berbeza yang dikenali sebagai Mi Box S.

Sama seperti Mi Box 4 untuk pasaran di China, Mi Box S masih mengekalkan sokongan spesifikasi yang sama iaitu dikuasakan dengan pemproses lapan teras daripada Amlogic S905X. Selain itu ia juga hadir dengan storan 8GB, RAM berkapasiti 2GB, sambungan WiFi 802.11 b/g/n, keupayaan tayangan video 4K HDR, dan juga teknologi audio daripada Dolby Audio serta DTS-HD.

Apa yang membezakan Mi Box S dengan Mi Box 4 adalah penggunaan kerangka warna hitam berbanding putih sebelum ini. Lebih menariknya, alat kawalan jauh pada Mi Box S juga kini telah dilengkapi dengan butang tambahan iaitu Google Assistant, Netflix dan juga Live TV.

Xiaomi Mi Box S yang dioperasikan dengan Android 8.1 Oreo ini sudahpun mula dibuka pra-tempahnya untuk pasaran Amerika Syarikat dengan harga USD59.99 (kira-kira RM249), dan ia akan dijual bermula 19 Oktober nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend