Xiaomi Malaysia Umum Penurunan Harga Redmi 8A (2GB + 32GB), Kini Berharga RM399 Comments Off on Xiaomi Malaysia Umum Penurunan Harga Redmi 8A (2GB + 32GB), Kini Berharga RM399

Baru-baru ini Xiaomi Malaysia telahpun mengumumkan harga jualan rasmi baharu untuk model Redmi 8A yang kini ditawarkan pada harga RM399 berbanding harga asalnya iaitu RM459, iaitu penurunan harga sebanyak RM60.

Ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu hitam, biru dan merah, Redmi 8A dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 439, memori 2GB + 32GB, dan dioperasikan dengan MIUI 11 berasaskan Android 9.0 Pie.

Ia juga dilengkapi dengan paparan skrin IPS LCD berukuran 6.22 inci HD+ (720 x 1520 piksel), kamera utama 12MP, kamera depan 8MP, bateri 5000mAh, pengecasan pantas 18W (pengecas 10W dalam kotak), dan juga sambungan USB Type-C.

Miliki Redmi 8A pada harga RM399 di saluran berikut:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend