Xiaomi Malaysia Sumbang 100 Unit Mi Air Purifier 2S Untuk Sekolah Di Johan Setia Comments Off on Xiaomi Malaysia Sumbang 100 Unit Mi Air Purifier 2S Untuk Sekolah Di Johan Setia 227

Xiaomi Malaysia baru-baru ini telah mengunjungi pejabat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk tujuan penyerahan seratus unit pembersih udara Mi Air Purifier 2S. Sumbangan alat pembersih udara ini diberikan bagi tujuan usaha mengurangkan udara kotor di sekolah-sekolah akibat jerebu.

Menurut Xiaomi dan KPM, unit Mi Air Purifier 2S akan disalurkan ke sekolah-sekolah di sekitar Johan Setia, Klang memandangkan kawasan tersebut menunjukkan bacaan IPU yang sangat tidak sihat sejak minggu lalu.

Walau bagaimanapun, ketika ini bacaan IPU di seluruh Malaysia sudah mula menurun malah ada juga kawasan yang menunjukkan bacaan udara yang baik seperti di Tanjung Malim, 39 dan Kuantan, 41.

Mi Air Purifier 2S hadir dengan rekaan elegan serta kompak sesuai untuk kegunaan di rumah. Badannya diperbuat daripada plastik berasaskan bahan ABS yang dikatakan tahan lasak dan boleh mengekalkan warna asal untuk tempoh lama.

Udara sekitar pula akan disedut menerusi 943 lubang di bahagian bawah sementara udara bersih pula akan dilepaskan dari bahagian atas. Panel skrin OLED yang tersedia di bahagian depan pula membolehkan pengguna memantau data kualiti udara semasa, sambungan WiFi, suhu bilik, dan tahap kelembapan di ruang rumah.

Mi Air Purifier 2S boleh didapati di kedai Mi Store seluruh negara pada harga RM658 atau dapatkannya secara dalam talian di Lazada dan Shopee.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend