Xiaomi Malaysia Akan Lancar Dua Model Telefon Pintar Mercu 5G Pertamanya Pada 22 April Ini Comments Off on Xiaomi Malaysia Akan Lancar Dua Model Telefon Pintar Mercu 5G Pertamanya Pada 22 April Ini

Sebelum ini kami ada mendedahkan bahawa Xiaomi Malaysia akan hadir dengan model Mi 10 Pro untuk pasaran tempatan. Ternyata melalui perkongsian rasmi yang telah dikongsikan, Xiaomi Malaysia telah disahkan akan melancarkan bukan satu model, tetapi akan hadir dengan dua model telefon pintar mercu 5G pertamanya di negara ini.

Dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada 22 April 2020 (Rabu) ini, dua model yang dimaksudkan adalah model Mi 10 dan juga Mi 10 Pro yang akan menawarkan sokongan kuad kamera 108MP dengan keupayaan rakaman video UHD 8K pada 30fps.

Siri Mi 10 yang akan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 865 5G, Mi 10 dan Mi 10 Pro turut menawarkan paparan skrin melengkung AMOLED berukuran 6.67 inci dengan kadar segar semula 90Hz.

Bagi mengetahui penawaran varian dan juga harga jualan rasminya untuk pasaran tempatan, nantikan laporan rasmi daripada kami pada 22 April 2020 (Rabu).

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend