Xiaomi Lancar Tetikus Gaming Terbaru Model Blasoul Y720 Lite Dengan Rekaan Efek Lampu Panoramik Comments Off on Xiaomi Lancar Tetikus Gaming Terbaru Model Blasoul Y720 Lite Dengan Rekaan Efek Lampu Panoramik

Pada Disember 2017 yang lalu, Xiaomi telah memperkenalkan tetikus gaming model Blasoul Y720 dengan rekaan menarik melalui sokongan efek lampu RGB. Baru-baru ini Xiaomi nampaknya hadir pula dengan versi ‘lite’ untuk model tetikus gaming itu dengan pelancaran model Blasoul Y720 Lite.

Sebagaimana nama yang digunakannya, versi lite ini masih mengekalkan identiti rekaan Blasoul Y720. Tetapi sebagaimana nama yang digunakannya, DPI Blasoul Y720 Lite telah dikurangkan kepada 7,200 berbanding 12,000 sebelum ini. Malah rekaannya kelihatan lebih bulat dan ergonomik untuk penggunaan tangan sebelah kanan.

Blasoul Y720 Lite dihasilkan daripada proses suntikan TPR + ABS dengan lapisan permukaan BabyFace yang memberikan rasa sentuhan yang lebih lembut mirip seperti kulit manusia dan dalam masa yang sama menjanjikan ciri kalis kotor. Tetikus gaming ini dilengkapi enjin optikal PMW3360, cip master 48MHz 32bit dan juga penukaran pantas 5 profil pratetap DPI.

Dilengkapi dengan rekaan efek lampu RGB panoramik sehingga 16.8 juta warna, Xiaomi Blasoul Y720 Lite dijual pada harga CNY349 (kira-kira RM210).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend