Xiaomi Lancar Secara Rasmi Redmi Note 9 Pro Dan Redmi Note 9 Untuk Pasaran Global Comments Off on Xiaomi Lancar Secara Rasmi Redmi Note 9 Pro Dan Redmi Note 9 Untuk Pasaran Global

Akhirnya penantian untuk menyaksikan kemunculan baharu siri Redmi Note 9 kini telah terjawab selepas Xiaomi telahpun melancarkan dua model terbaharunya iaitu Redmi Note 9 dan juga Redmi Note 9 Pro untuk pasaran global.

Redmi Note 9 Pro

Sama seperti Redmi Note 9S, Redmi Note 9 Pro turut menawarkan keupayaan penggambaran kuad kamera. Namun begitu, kualiti penggambaran lensa utamanya kini telah dipertingkatkan kepada 64MP. Manakala tiga lensa lagi kekal sama dengan resolusi 8MP Ultra Wide + 5MP Macro + 2MP Depth.

Bahkan ia turut mengekalkan sokongan spesifikasi yang sama seperti Redmi Note 9S iaitu dikuasakan dengan cipset Snapdragon 720G, memori 6GB RAM, storan dalaman sehingga 128GB, paparan skrin berukuran 6.67 inci DotDisplay FHD+ dan juga kamera depan beresolusi 16MP.

Dilengkapi kapasiti bateri sebesar 5020mAh, prestasi pengecasan pantas pada Redmi Note 9 Pro ternyata jauh lebih berkuasa kerana dilengkapi teknologi pengecasan pantas 30W yang mampu mengecas sehingga 57% dalam tempoh 30 minit. Menariknya ia didatangkan dengan palam kuasa 33W di dalam kotak.

Redmi Note 9

Berbeza dengan Redmi Note 9 Pro dan Redmi Note 9S, Redmi Note 9 menampilkan sedikit kelainan kerana ia telah dikuasakan dengan cipset MediaTek Helio G85, RAM sehingga 4GB dan juga storan sehingga 128GB.

Malah ia juga menyokong paparan skrin yang lebih kecil iaitu berukuran 6.53 inci DotDisplay FHD+ dengan penggunaan resolusi kamera depan yang lebih kecil iaitu 13MP. Menariknya kedudukan lubang kameranya kini ditempatkan pada bahagian sisi kiri skrin.

Bahagian belakang Redmi Note 9 telah dilengkapi dengan sokongan kuad kamera yang sedikit berbeza iaitu 48MP + 8MP Ultra Wide + 2MP Macro + 2MP Depth. Bahkan pada bahagian ini juga anda boleh temui sensor pengimbas cap jari.

Sungguhpun begitu, baterinya masih dikekalkan dengan sokongan kapasiti 5020mAh dan juga pengecasan pantas 18W. Sama seperti yang disokong oleh Redmi Note 9S.

Harga Jualan

Redmi Note 9 Pro yang menampilkan kelainan pada panel belakangnya dengan dua tona warna berbeza telah ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Interstellar Grey, Tropical Green dan juga Glacier White. Manakala Redmi Note 9 pula boleh dimiliki dalam warna Midnight Grey, Forest Green dan Polar White.

  • Redmi Note 9 Pro
  • 6GB + 64GB – USD269 (~RM1,156)
    • 6GB + 128GB – USD269 (~RM1,285)
  • Redmi Note 9
  • 3GB + 64GB – USD199 (~RM855)
    • 4GB + 128GB – USD249 (~RM1,070)

Kedua-dua model ini turut dilengkapi sambungan NFC, port inframerah, bicu audio 3.5mm dan juga fungsi kalis percikan air. Menurut Xiaomi Malaysia kedua-dua model ini akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia bermula pertengahan Mei ini.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend