Xiaomi Lancar Jam Tangan Menggunakan Tenaga Kinetik – ‘TwentySeventeen Light Mechanical’ Comments Off on Xiaomi Lancar Jam Tangan Menggunakan Tenaga Kinetik – ‘TwentySeventeen Light Mechanical’

Melalui platform pengumpulan dana daripada orang ramai di China yang dikenali sebagai Youpin, Xiaomi telah melancarkan satu lagi produk terbaharunya iaitu jam tangan ‘TwentySeventeen Light Mechanical’.

Boleh dimiliki secara eksklusif di platform Youpin, jam tangan ini akan dijual pada harga CNY499 (kira-kira RM300), pengguna tidak perlu risau isu kehabisan bateri kerana ia menjanjikan kuasa tanpa had. Ini kerana ia tidak menggunakan bateri biasa, sebaliknya dikuasakan dengan tenaga kinetik.

Walaupun jam tangan ini diperkenalkan oleh Xiaomi, ia sebenarnya telah dihasilkan oleh Shenzhen Micro-intelligence Co. Ltd dengan mengikut piawaian kualiti terbaik. Dengan menggunakan komponen tahan lasak, panel kaca ‘TwentySeventeen Light Mechanical’ diperbuat daripada nilam (sapphire) yang kalis calar. Lebih menariknya, permukaan kaca itu juga hadir dengan lapisan-biru bagi mengatasi masalah silau.

TwentySeventeen Light Mechanical hadir dengan bahagian luar tali jam yang diperbuat daripada kulit lembu, manakala bahagian dalamnya pula lebih tahan lasak bagi mengelakkan kerosakan akibat terkena peluh. Bagi memastikan ketahanan yang lebih baik, ia juga menyokong ciri kalis air 5ATM pada kedalaman sehingga 50 meter.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend