Xiaomi Dipercayai Telah Merancang Untuk Memperkenalkan Empat Model Dengan Sokongan Kamera 108MP Comments Off on Xiaomi Dipercayai Telah Merancang Untuk Memperkenalkan Empat Model Dengan Sokongan Kamera 108MP

Sejak kebelakangan ini, pengeluar telefon pintar dilihat berlumba-lumba untuk memperkenalkan model terbaharu keluaran mereka dengan sokongan resolusi kamera yang besar. Ini jelas dapat dilihat melalui peralihan sensor kamera 48MP ke 64MP, dan yang terbaru mencecah sehingga 108MP.

Sebelum ini Xiaomi baru sahaja telah diiktiraf sebagai pengeluar telefon pintar pertama yang hadir dengan sokongan kamera beresolusi 64MP melalui pelancaran model Redmi Note 8 Pro. Ternyata Xiaomi memiliki perancangan yang lebih hebat apabila ia dipercayai telah merancang untuk memperkenalkan telefon pintar dengan sokongan kamera beresolusi 108MP.

Melalui pendedahan yang berjaya ditemui oleh portal XDA Developers, Xiaomi akan tampil dengan empat model berbeza yang akan menggunakan nama kod ‘Tucana’, ‘Draco’, ‘Umi’, dan juga ‘Cmi’. Perkara ini telah disahkan melalui penemuan sokongan untuk memaparkan gambar beresolusi 108MP di dalam aplikasi galeri MIUI, khusus untuk keempat-empat peranti tersebut.

Walaupun tidak disahkan jenis sensor yang akan digunakan, Xiaomi berkemungkinan besar akan menggunakan sensor 108MP daripada Samsung ISOCELL Bright HMX. Ini kerana Samsung sebelum ini telahpun melancarkan sensor itu dengan kerjasama daripada Xiaomi.

Baca juga:

Xiaomi Mi MIX 4 Dipercayai Sokong Snapdragon 855 Plus, 12GB RAM, Storan 1TB Dan Tiga Kamera 108MP

Redmi Note 8 / 8 Pro Dilancarkan, Pro Jadi Telefon Pertama Dengan Kamera 64MP

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend