Xiaomi Dipercayai Akan Lancar Siri Mi 10 Dengan Sokongan Snapdragon 865 Pada 11 Februari Nanti Comments Off on Xiaomi Dipercayai Akan Lancar Siri Mi 10 Dengan Sokongan Snapdragon 865 Pada 11 Februari Nanti

Sebelum ini Xiaomi telahpun mengumumkan akan menjadi antara pengeluar telefon pintar terawal yang akan memperkenalkan peranti dengan sokongan cipset Snapdragon 865 di pasaran. Namun begitu, Samsung secara rasminya telah mengesahkan akan mengadakan acara Galaxy Unpacked pada 11 Februari 2020 ini.

Mungkinkah ini rekaan kuad kamera milik Xiaomi Mi 10 yang dikongsikan di Weibo?!

Bagi memastikan siri Mi 10 menjadi peranti Snapdragon 865 terawal di pasaran, Xiaomi baru-baru ini dikhabarkan akan melancarkan Mi 10 dan juga Mi 10 Pro pada hari yang sama iaitu 11 Februari 2020 nanti. Namun begitu, masa pelancaran peranti itu dikatakan akan dibuat lebih awal berbanding majlis pelancaran siri Galaxy S20.

Di dalam perkongsian yang berasingan, ketirisan tangkap skrin untuk aplikasi penanda aras AnTuTu yang dipercayai milik Mi 10 telahpun dikongsikan di Internet. Dikuasakan dengan cipset mercu Qualcomm Snapdragon 865, ia dilihat telah berjaya mencatatkan skor mencecah 560,217 mata.

sumber

Baca juga:

Adakah Ini Harga Dan Spesifikasi Yang Akan Disokong Oleh Xiaomi Mi 10 Dan Mi 10 Pro Nanti?!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend