Xiaomi Dilaporkan Sedang Menguji Tetapan Kawalan Paparan Yang Lebih Terperinci Pada MIUI 11 Comments Off on Xiaomi Dilaporkan Sedang Menguji Tetapan Kawalan Paparan Yang Lebih Terperinci Pada MIUI 11

Antaramuka MIUI 11 sebelum ini telahpun mula diterima oleh telefon pintar keluaran Xiaomi terpilih pada penghujung Oktober 2019 yang lalu. Sebagaimana yang diketahui, antaramuka baharu ini telah membawakan pembaharuan pada rekaan antaramuka, sokongan jenis font baharu, fungsi Always-On-Display, dan banyak lagi penambahbaikan lain.

Menurut pendedahan yang dikongsikan oleh portal XDA Developers, Xiaomi kini dilaporkan sedang menguji satu lagi fungsi baharu untuk MIUI 11 iaitu tetapan kawalan paparan yang lebih terperinci. Kawalan baharu ini menawarkan sokongan kawalan yang lebih menyeluruh, termasuklah pilihan gamut warna seperti Enhanced, Original, P3 ataupun sRGB.

Berdasarkan perkongsian screenshots untuk versi kemas kini MIUI 11 (Night Build), pengguna juga boleh melaras secara manual tetapan warna RGB (Red, Green, Blue), Hue, Saturation, Value, Contrast, dan juga Gamma.

Tetapi memandangkan tetapan paparan itu dilihat agak rumit dan tidak begitu sesuai untuk diakses oleh pengguna akhir, tidak dapat dipastikan sama ada Xiaomi akan menawarkan fungsi kawalan warna paparan itu untuk peranti MIUI 11 ataupun tidak.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend