Xiaomi Dan OPPO Akan Turut Memperkenalkan Telefon Pintar Dengan Skrin Boleh Lipat Pada Tahun Depan Comments Off on Xiaomi Dan OPPO Akan Turut Memperkenalkan Telefon Pintar Dengan Skrin Boleh Lipat Pada Tahun Depan

Huawei sebelum ini dipercayai akan mendahului Samsung dalam mengkomersialkan telefon pintar dengan sokongan paparan skrin boleh lipat. Walaupun Samsung dilihat terlebih dahulu memperlihatkan perancangannya dengan kemunculan siri Galaxy F, namun Huawei telah memberikan komitmennya untuk menjadi pengeluar pertama di dunia menawarkan peranti dengan rekaan skrin inovasi itu sebagai pengeluar pertama di dunia.

Melalui perkongsian di Internet, nampaknya trend terbaru telefon pintar dengan sokongan skrin boleh lipat itu tidak akan hanya didominasi oleh dua jenama itu sahaja. Ini kerana Xiaomi dan juga OPPO juga didakwa akan turut menyertai Samsung dan Huawei dalam usaha merealisasikan rekaan inovasi tersebut.

Xiaomi kini dipercayai sudahpun dalam proses menghasilkan telefon pintar dengan skrin boleh lipat dengan meletakkan keuntungan maksimum hanya 5%. Ini secara tidak langsung mungkin menjadikan Xiaomi sebagai telefon pintar dengan skrin boleh lipat dengan harga paling mampu milik di pasaran.

Selain Xiaomi, OPPO juga telah disahkan akan menghasilkan telefon pintar dengan skrin boleh lipat keluarannya sendiri. Berita ini diyakini kesahihannya apabila OPPO telah menghantar beberapa paten yang memperlihatkan rekaan telefon pintar yang boleh dilipat. Jadi bermula tahun depan mungkin lebih banyak pengeluar telefon pintar akan tampil dengan trend rekaan sebegini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend