Xiaomi Buka Kilang TV Di India Untuk Penuhi Permintaan Di Sana Comments Off on Xiaomi Buka Kilang TV Di India Untuk Penuhi Permintaan Di Sana

Tahun ini merupakan tahun dimana Xiaomi memasuki pasaran TV pintar di India. Menurut sumber, pengeluar China itu kini menjadi jenama TV pintar nombor satu di India. Bagi memenuhi permintaan yang tinggi di sana, Xiaomi hari ini membuka kilang TV mereka secara rasmi.

Kilang tersebut dibuka melalui kolaberasi dengan Dixon Technologies yang berpangkalan di India. Kilang baru yang terletak di Tirupati, Andhra Pradeshini ini dibina di atas sebidang tanah seluas 32 eka serta memiliki 850 orang pekerja.

Xiaomi memberitahu, dengan pembukaan kilang di India mereka mampu mengeluarkan 100,000 unit TV pintar sebulan untuk penggal pertama tahun hadapan. Antara model yang pertama akan dipasang adalah Mi LED TV 4A 32″ dan Mi LED TV 4A 43″ serta model selebihnya bermula tahun hadapan.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend