Xiaomi Black Shark 2 Dengan Cipset Snapdragon 855 Catat Skor AnTuTu Melebihi 430,000?! Comments Off on Xiaomi Black Shark 2 Dengan Cipset Snapdragon 855 Catat Skor AnTuTu Melebihi 430,000?!

Beberapa hari yang lepas kami telahpun berkongsi berita tentang tarikh pelancaran rasmi Xiaomi Black Shark 2 yang bakal dilancarkan pada 18 Mac nanti. Namun begitu perkongsian imej acah yang memperlihatkan tarikh pelancaran peranti ini tidak pula mendedahkan sebarang spesifikasi berhubung Xiaomi Black Shark 2 ini.

Berdasarkan pangkalan data AnTuTu yang dikongsikan baru-baru ini, Black Shark generasi kedua ini akan dikuasakan oleh cipset paling berkuasa buat masa ini iaitu Qualcomm Snapdragon 855, dioperasikan oleh Android 9.0 Pie, konfigurasi memori 8GB + 128GB, dan juga skrin beresolusi FHD+ iaitu 2340 x 1080 piksel.

Melalui ketirisan skor AnTuTu pertama yang dikongsikan dua hari lepas, Black Shark 2 yang tampil dengan nama kod ‘Skywalker’ telah berjaya mencatatkan skor sebanyak 359,973. Jika dilihat pada skor tersebut, ia agak rendah jika dibandingkan dengan peranti lain yang hadir dengan cipset yang sama.

Menariknya, baru-baru ini satu lagi keputusan ujian AnTuTu untuk peranti ini telah dikongsikan. Apa yang mengejutkan, catatan skor terbaru ini dilihat sangat tinggi iaitu mencecah sehingga 430,882 poin. Walaupun skor ini masih belum dapat disahkan, Black Shark 2 turut dilaporkan akan hadir dengan teknologi Liquid Cooling 3.0 yang lebih baik.

Baca juga:

Xiaomi Black Shark 2 Akan Dilancarkan Pada 18 Mac Ini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend