Xiaomi Black Shark 2 Akan Dilancarkan Pada 18 Mac Ini 2 318

Telefon pintar gaming Xiaomi Black Shark 2 nampaknya akan diperkenalkan tidak lama lagi. Menurut apa yang dikongsikan di laman Weibo peniris, peranti ini akan diperkenalkan lebih kurang dua minggu lagi dari sekarang iaitu pada 18 Mac 2019.

Tiada info berkaitan spesifikasi pada poster tetapi slogan yang digunakan berbunyi seperti “berkuasa dan gila”. Jika mengikut apa yang dikhabarkan, Black Shark 2 mungkin dilengkapi cip pemproses Qualcomm Snapdragon 855, memori sehingga 12GB, dan dilengkapi sistem penyejukan terbaharu. Sistem pengecasan pula telah dinaik taraf daripada 18W kepada 27W.

Apabila Black Shark 2 dilancarkan kelak, ia akan menjadi telefon pintar gaming pertama yang dikuasakan cipset paling terkini daripada Qualcomm.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend