Xiaomi Bekerjasama Dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia Untuk Tahun Melawat Malaysia 2020 Comments Off on Xiaomi Bekerjasama Dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia Untuk Tahun Melawat Malaysia 2020

Xiaomi selaku peneraju teknologi global kini telah mengumumkan kerjasamanya dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (MTPB) dalam usaha meningkatkan pelancongan global di negara ini.

Hasil daripada jalinan kerjasama ini, Xiaomi dan MTPB telah bergandingan untuk mengambil gambar di beberapa lokasi menarik di Malaysia dengan menggunakan telefon pintar penta kamera 108MP pertama di dunia iaitu model Mi Note 10.

Majlis yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah MTPB, Datuk Musa Yusuf, turut disaksikan oleh beberapa wakil daripada Xiaomi Malaysia, termasuklah Allen An selaku Pengurus Negara Xiaomi Malaysia dan Singapura. Melalui acara ini, Memorandum Persefahaman telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak.

Menariknya anda boleh menonton video promosi berdurasi 3 minit yang menampilkan keajaiban alam semula jadi dan seni bina terkenal di Malaysia dengan menggunakan Xiaomi Mi Note 10:

Peraduan Fotografi Dalam Talian #ExploreMalaysiaWithMINOTE10

Bersempena jalinan kerjasama ini, Xiaomi Malaysia turut menganjurkan peraduan fotografi dalam talian yang bertemakan #ExploreMalaysiaWithMINOTE10, melalui laman rasmi Facebook Xiaomi Malaysia. Untuk menyertai peraduan ini, pengguna hanya perlu mengambil gambar pemandangan di Malaysia menggunakan Mi Note 10.

Peserta dikehendaki mengambil gambar dan kongsikan gambar itu sama ada di Facebook atau Instagram, dengan menggunakan tanda pagar #ExploreMalaysiaWithMINOTE10. Pemenang akan dipilih berdasarkan hasil gambar yang paling kreatif untuk peluang memenangi pelbagai hadiah menarik, termasuklah tiket ke tempat-tempat dan resort terkenal di Malaysia.

Xiaomi Mi Note 10 yang sebelum ini dilancarkan pada 4 Disember 2019, telah dijual pada harga RM2,099 untuk varian 6GB + 128GB dan RM2,499 untuk varian 8GB + 256GB.

Miliki set original Xiaomi Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro melalui saluran rasmi berikut:

Baca juga:

Xiaomi Mi Note 10 / Note 10 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM2099

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend