Xiaomi Bakal Menawarkan Android Pie Untuk Redmi Note 5, Mi 6X, Redmi S2 Dan Redmi 6 Pro, Pendaftaran Beta Kini Dibuka 0 326

Sebagaimana yang kita ketahui, pendekatan yang diambil oleh Xiaomi sebelum ini agak berbeza kerana pemilik peranti akan menerima pelbagai fungsi terbaru melalui kemas kini MIUI. Malah sebelum ini kebanyakan peranti Xiaomi hanya menerima MIUI versi baharu tetapi dilihat masih mengekalkan versi Android yang sama.

Ketirisan skor ujian penanda aras Geekbench yang dijalankan oleh Xiaomi Redmi Note 5 dengan versi Android 9.0 Pie.

Namun begitu, sejak kebelakangan ini Xiaomi lebih proaktif untuk menawarkan kemas kini versi Android terkini untuk peranti keluarannya. Lebih menariknya baru-baru ini Xiaomi telah mengumumkan pendaftaran rasmi buat pemilik peranti Xiaomi terpilih untuk menyertai program pengujian Android 9.0 Pie versi beta bermula suku pertama tahun 2019.

Forum rasmi MIUI telah menyenaraikan Xiaomi Redmi Note 5, Mi 6X, Redmi S2 dan juga Redmi 6 Pro untuk menerima kemas kini Android 9.0 Pie versi beta pada suku pertama 2019. 

Buat masa ini terdapat empat model terawal keluaran Xiaomi telah terpilih untuk menyertainya iaitu Redmi Note 5, Mi 6X, Redmi S2 dan juga Redmi 6 Pro. Sungguhpun begitu, buat masa ini ia hanya terbuka untuk MIUI versi China sahaja dan ketersediaan program ini untuk versi global mungkin akan turut ditawarkan tidak lama lagi.

Sumber

Baca juga:

Xiaomi Redmi Note 5 Dan Redmi Note 5 Pro Dengan Sokongan Android 9.0 Pie Mula Kelihatan Di Geekbench

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend