Xiaomi Akan Turut Memperkenalkan Model ‘Mi CC9 Meitu Custom Edition’ Pada 2 Julai 2019 Nanti Comments Off on Xiaomi Akan Turut Memperkenalkan Model ‘Mi CC9 Meitu Custom Edition’ Pada 2 Julai 2019 Nanti 337

Mengikut perancangan yang telah diaturkan oleh Xiaomi, mereka akan melancarkan dua versi model Mi CC9 kepada umum pada 2 Julai 2019. Nampaknya Xiaomi bakal memperkenalkan satu lagi versi untuk siri tersebut dengan kemunculan model ‘Mi CC9 Meitu Custom Edition’ untuk pada hari tersebut.

Kewujudan versi ketiga ini telah disahkan oleh Xiaomi di laman rasmi Weibo seperti yang didedahkan oleh @xiaomishka dengan pelancaran tiga model iaitu Mi CC9 Lite, Mi CC9 dan juga Mi CC9 Meitu Custom Edition. Untuk pengetahuan anda, ia merupakan siri khas yang diperkenalkan hasil daripada kerjasama antara Xiaomi dengan Meitu yang sebelum ini terkenal dengan peranti keluarannya yang memfokuskan kepada keupayaan penggambaran.

Perkongsian di laman Weibo yang telah diterjemahkan ke bahasa Melayu.

Buat masa ini spesifikasi Mi CC9 Meitu Custom Edition masih lagi belum didedahkan kepada umum. Namun jika dilihat pada imej yang dikongsikan di Internet, ia dipercayai akan menampilkan sokongan tiga kamera dengan rekaan boleh pusing lipat seperti model ASUS ZenFone 6.

sumber

Baca juga:

Imej Rasmi Xiaomi CC9 Dalam Warna ‘Putih Mutiara’ Mula Dikongsikan, Bakal Dilancarkan Pada 2 Julai 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend