Xiaomi Akan Melancarkan Peranti Gaming Black Shark Pada 13 April Ini Comments Off on Xiaomi Akan Melancarkan Peranti Gaming Black Shark Pada 13 April Ini

Hari ini Xiaomi telah mula mengedarkan jemputan kepada pihak media di China untuk menghadiri majlis pelancaran rasmi gaming phone pertama keluarannya iaitu Black Shark. Berdasarkan kepada jemputan itu, Xiaomi Black Shark yang bakal bersaing dengan Razer Phone itu telah disahkan akan didedahkan kepada umum pada 13 April 2018 ini, bertempat di Beijing China.

Berdasarkan kepada gambar yang dikongsikan itu lagi, Black Shark akan menyokong cipset Qualcomm Snapdragon 845 bagi memastikan kelancaran pengoperasian ketika bermain game. Khabar angin juga mendakwa Black Shark ini akan hadir dalam tiga varian berbeza iaitu 64GB + RAM 6GB, 128GB + RAM 6GB, dan juga 256GB + RAM 8GB.

Jadi sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang telefon pintar gaming dari Black Shark ini, nantikan pendedahannya pada hari pelancaran nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend