Xiaomi Akan Lancar Siri ‘Redmi S’ Yang Pertama Pada 10 Mei 2018 Dengan Kemunculan Model Redmi S2 Comments Off on Xiaomi Akan Lancar Siri ‘Redmi S’ Yang Pertama Pada 10 Mei 2018 Dengan Kemunculan Model Redmi S2

Pengeluar telefon pintar mampu milik dengan sokongan spesifikasi yang hebat iaitu Xiaomi telah disahkan akan melancarkan satu siri terbaru keluarannya iaitu siri ‘Redmi S’ di China pada 10 Mei 2018 ini. Malah berita ini telah disahkan sendiri oleh Xiaomi melalui akaun Weibo dan juga blog rasmi MIUI baru-baru ini.

Berdasarkan kepada gambar yang telah dikongsikan, Xiaomi Redmi S2 kelihatan mirip seperti rekaan Xiaomi Redmi Note 5 yang baru sahaja dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada April yang lalu. Sungguhpun begitu, Xiaomi Redmi S2 mungkin akan dijual pada harga yang lebih mampu milik kerana ia menyokong spesifikasi yang sedikit lebih rendah iaitu dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 625, paparan skrin 18:9 berukuran 5.99 inci IPS LCD HD+ (1440 x 720 piksel), bateri berkapasiti 3080 mAh dan juga kamera swafoto beresolusi 16 Megapiksel.

Namun begitu, Xiaomi Redmi S2 dilihat mengekalkan keupayaan penggambaran AI dengan sokongan dwi kamera beresolusi 12 Megapiksel, dan juga dioperasikan oleh versi Android yang lebih terkini iaitu 8.1 Oreo dengan sentuhan MIUI 9.5. Berdasarkan maklumat yang diterima, Xiaomi Redmi S2 akan ditawarkan dalam tiga varian berbeza iaitu 64GB + RAM 4GB, 32GB + RAM 3GB dan juga 16GB + RAM 2GB.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend