WhatsApp Untuk iOS Dan Android Kini Terima Tema Gelap Secara Rasmi Comments Off on WhatsApp Untuk iOS Dan Android Kini Terima Tema Gelap Secara Rasmi

Ramai pengguna mendambakan tema gelap untuk WhatsApp memandangkan semakin banyak aplikasi yang menyokongnya pada masa kini.

Hari ini, WhatsApp telah melepaskan kemas kini terbaru yang membawakan ciri tersebut untuk semua peranti di dua platfom iOS dan Android.

Pengguna iOS perlu memuat turun versi 2.20.30 pada iPhone sementara pengguna Android perlu mendapatkan versi 2.20.67 pada peranti mereka untuk menikmati tema gelap pada antaramuka WhatsApp.

Untuk iPhone, tema gelap WhatsApp akan diaktifkan secara automatik mengikut sistem peranti manakala peranti Android pula boleh diaktifkan dengan mengakses tetapan dari aplikasi.

Di Android, pengguna boleh menghidupkannya dengan cara WhatsApp Settings > Chat > Theme > pilih ‘Dark’.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend