WhatsApp Untuk Android Beta Terima Ciri Nyahkunci Cap Jari Comments Off on WhatsApp Untuk Android Beta Terima Ciri Nyahkunci Cap Jari 334

Facebook terus menerus memberikan pengalaman permesejan WhatsApp yang terbaik kepada penguna. Walaupun ada masanya aplikasi ini tergendala dan tidak dapat digunakan, ini bukan bermaksud Facebook tidak menambah baik sistem perisian.

Kini, WhatsApp dilaporkan telah memperkenalkan ciri baharu kepada pengguna beta iaitu sistem nyahkunci menggunakan cap jari. Ia dicipta atas maklum balas pengguna yang inginkan aplikasi itu dikunci secara berasingan dan tambahan kepada skrin kunci pada peranti.

Menurut laporan WABetaInfo, WhatsApp beta v2.19.221 membolehkan pengguna menguji sistem imbasan jari untuk menyahkunci WhatsApp sebelum ia dilepaskan dalam versi stabil. Ia tersedia dalam sistem operasi Android Marshmallow dan ke atas dan jika anda mendaftar sebagai pengguna beta, ciri ini boleh ditetapkan dalam ruangan Settings > Account > Privacy > Fingerprint Lock.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend