WhatsApp Menguji Fungsi Pemadaman Mesej Automatik Untuk Tempoh Masa Yang Ditetapkan Comments Off on WhatsApp Menguji Fungsi Pemadaman Mesej Automatik Untuk Tempoh Masa Yang Ditetapkan

WhatsApp yang kini telah dimiliki oleh Facebook baru-baru ini telah dilaporkan sedang menguji satu lagi fungsi baharu yang membolehkan pengguna untuk memadam teks mesej yang dihantar mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

Fungsi ‘Delete Messages’ pada aplikasi WhatsApp untuk peranti Android

Perkara ini berjaya didedahkan melalui aplikasi WhatsApp beta versi 2.19.348, fungsi Delete Messages’ tersedia untuk digunakan pada teks mesej yang dihantar kepada group ataupun individu. Berdasarkan perkongsian tangkap skrin (screenshot), pengguna WhatsApp boleh memilih tempoh masa untuk teks mesej yang dihantar akan dipadam secara automatik.

Fungsi ‘Delete Messages’ pada aplikasi WhatsApp untuk peranti iOS

Buat masa ini masih belum diketahui bilakah WhatsApp akan mula memperkenalkan fungsi baharu ini, tetapi ia dijangka akan diperkenalkan bermula tahun 2020 nanti untuk peranti Android dan juga iOS.

sumber

Baca juga:

WhatsApp Dilaporkan Sudahpun Membangunkan Dua Versi Mod Gelap Untuk Peranti iOS

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend