WhatsApp Dilaporkan Sudahpun Membangunkan Dua Versi Mod Gelap Untuk Peranti iOS Comments Off on WhatsApp Dilaporkan Sudahpun Membangunkan Dua Versi Mod Gelap Untuk Peranti iOS

Berita tentang penawaran mod gelap untuk aplikasi permesejan popular WhatsApp sebelum ini telahpun dididedahkan pada bulan Mac 2019 yang lalu. Malah pada awal bulan Oktober yang lepas, kami ada berkongsi bahawa ciri mod gelap dan juga swapadam mesej untuk WhatsApp akan diperkenalkan untuk peranti iOS.

(Dari kiri) Mod gelap versi pertama tampil lebih gelap berbanding versi kedua yang memiliki sentuhan warna kelabu.

Menurut portal rasmi WABetaInfo.com, WhatsApp kini sudah mula membangunkan dua versi mod gelap untuk peranti iOS untuk membantu penjimatan bateri pada iPhone dengan sokongan panel skrin OLED. Jika dilihat pada screenshots yang dikongsikan, versi pertama tampil dengan paparan yang lebih gelap dan mampu memastikan penggunaan tenaga yang lebih baik.

Bubble yang sebelum ini tampil dalam warna putih dan hijau muda juga telah digantikan dengan warna yang lebih gelap.

Namun begitu, buat masa ini masih tidak dapat dipastikan versi mana yang akan diperkenalkan untuk pengguna WhatsApp pada peranti iOS. Apa yang pasti, kedua-dua versi ini tampil dengan sokongan bubble gelap berbanding penggunaan warna cerah sebelum ini.

Baca juga:

WhatsApp Bawa Ciri Swapadam Mesej Dalam Versi Beta Terbaru, Dark Mode Mungkin Tiba Ke iOS

WhatsApp Akan Memperkenalkan Mod Gelap dan Akses Aplikasi Menggunakan Pengimbas Cap Jari

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend