WhatsApp Berkemungkinan Akan Memperkenalkan ‘Stiker Reaksi’ Pada Masa Akan Datang Comments Off on WhatsApp Berkemungkinan Akan Memperkenalkan ‘Stiker Reaksi’ Pada Masa Akan Datang

WhatsApp kini dipercayai bakal memperkenalkan satu lagi fungsi terbarunya untuk aplikasi permesejan sosial popular itu pada masa akan datang. Melalui perkongsian di Internet, terdapat pengguna WhatsApp versi beta sudah mula menerima fungsi ‘stiker reaksi’ yang merupakan alternatif tambahan untuk fungsi sedia ada iaitu emoji dan juga GIF.

Melalui menu Stickers View ini, terdapat empat kategori berbeza ditawarkan iaitu LOL, Love, Sad dan juga Wow. Malah pengguna juga bebas untuk memuat turun stiker reaksi secara berasingan sekiranya stiker yang ingin digunakan tidak disediakan secara pra-pasang. Namun begitu, buat masa ini masih belum ada tarikh bila ia akan diperkenalkan secara rasmi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend