WeChat Kini Mencatatkan 1 Bilion Pengguna Di Seluruh Dunia Comments Off on WeChat Kini Mencatatkan 1 Bilion Pengguna Di Seluruh Dunia

Apabila sebut sahaja tentang aplikasi permesejan popular, WeChat merupakan salah satu daripada platform yang menjadi pilihan pengguna selain daripada WhatsApp, Telegram, BeeTalk ataupun LINE. Malah penggunaan WeChat di kalangan penduduk di negara ini juga turut memberikan impak yang agak besar sehingga tercetusnya istilah khas di kalangan netizen yang menggelarkan golongan remaja yang memiliki saluran bahasa mereka sendiri sebagai ‘budak-budak wicet’.

Kini platform media sosial yang berasal dari China ini telah mencatatkan kejayaan peribadinya yang boleh dibanggakan apabila mencatatkan sebanyak 1 bilion akaun WeChat dari seluruh dunia. Menurut Tencent selaku pemilik platform tersebut, peningkatan ini memperlihatkan pertambahan sebanyak 15.8% berbanding tahun sebelumnya.

Malah laporan yang dikeluarkan oleh penganalisa FT, pertambahan akaun WeChat ini kelihatan sangat positif terutamanya di rantau Asia Tenggara, Eropah dan juga Amerika Syarikat.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend