Warga Kansas Menyangka Jalur Gemilang Adalah Bendera ISIS Comments Off on Warga Kansas Menyangka Jalur Gemilang Adalah Bendera ISIS

Munir Zanial, seorang jurutera dari Malaysia telah memfailkan tuntutan mahkamah selepas perjumpaan yang dianjurkannya di luar negara dilaporkan kepada FBI sebagai mesyuarat ISIS. Insiden itu berlaku semasa beliau menyewa sebuah tasik rekreasi di Kansas yang dikendalikan oleh Persatuan Pekerja Boeing Spirit.

Menurut laporan, individu yang dikatakan penjaga taman rekreasi itu melaporkan bahawa terdapat perjumpaan kumpulan ISIS dengan bendera Amerika Syarikat bersimbolkan ISIS. Kebanyakan daripada tetamu di perhimpunan itu adalah Muslim dan beberapa tetamu wanita memakai tudung.

Beberapa minggu selepas perhimpunan itu selesai, Munir menerima panggilan dari FBI bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan insiden tersebut dan akhirnya siasatan ditutup selepas FBI merumuskan bahawa bendera Amerika Syarikat bersimbolkan ISIS itu rupa-rupanya Jalur Gemilang.

Di zaman teknologi serba canggih, agak menghairankan apabila kekeliruan seperti ini berlaku.

Munir dilaporkan sedang mendapatkan keadilan di mahkamah apabila merasakan ini adalah kes diskriminasi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend