Warga Emas Separa Buta Dari Malaysia Diiktiraf Dalam Anugerah Fotografi Anjuran Huawei Comments Off on Warga Emas Separa Buta Dari Malaysia Diiktiraf Dalam Anugerah Fotografi Anjuran Huawei

Cacat penglihatan tidak menghalang seorang wanita lanjut usia untuk merealisasikan minatnya terhadap fotografi. Jamaliah binti Mohd Yasin, 64, disahkan menghadapi masalah penglihatan kategori B1 telah menyertai kempen yang dianjurkan Huawei yang dinamakan “AI as the Eyes”. Sepanjang tiga bulan, Huawei telah memberikan bimbingan kepada beliau dan peserta yang lain untuk menyatakan emosi mendalam melalui fotografi menggunakan peranti Huawei P20 Pro.

Kelas yang diadakan selama tiga bulan ini telah membolehkan para peserta mempelajari bagaimana untuk menguasai kemahiran mengambil gambar serta merakam detik-detik berharga menggunakan ciri Master AI yang terdapat pada Huawei P20 Pro. Pembelajaran mesin berasaskan AI juga telah membantu Jamaliah merakam keindahan kehidupan seharian menggunakan ciri tri kamera Leica.

Membawa dirinya ke peringkat yang lebih tinggi, Jamaliah telah mengambil keputusan untuk mengambil bahagian dalam Anugerah Fotografi NEXT-IMAGE tahunan Huawei. Gambar pemandangan petang Masjid As-Salam di Puchong Perdana yang diambil oleh Jamaliah nampaknya memberi tuah, selepas gambar itu telah mendapat pujian daripada Ketua Huawei Malaysia, Bill Liu.

Bahkan gambar itu juga telah mendapat pengiktirafan selepas ia telah terpilih untuk dipamerkan di acara Paris Photo Paris International Photography Art Exhibition pada 8 hingga 11 November yang lalu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend