Wanita Tempatan Berusia 61 Tahun Kerugian Hampir RM600,000 Selepas Ditipu Oleh Sindiket Telefon Scam Comments Off on Wanita Tempatan Berusia 61 Tahun Kerugian Hampir RM600,000 Selepas Ditipu Oleh Sindiket Telefon Scam 180

Apabila anda membaca berita mengenai sindiket penipuan melalui telefon, mungkin ramai yang beranggapan ianya sudah tentu boleh dielakkan. Tetapi tahukah anda bahawa sindiket ‘Telefon Scam’ ini akan sentiasa mencari mangsa untuk ditipu, dan ini tidak mustahil akan terjadi di kalangan ibu bapa kita yang mungkin kurang arif tentang sindiket sebegini.

Sebagaimana yang terjadi di Kepala Batas, Pulau Pinang, seorang wanita berusia 61 tahun yang merupakan pesara kerajaan telah kerugian RM575,350 gara-gara ditipu oleh satu sindiket ‘Telefon Scam’. Wanita tempatan itu telah diperdaya oleh sindiket tersebut dengan mendakwa dirinya telah terlibat dengan kes pengubahan wang haram.

Dia telah dihubungi oleh seorang lelaki yang mendakwa dirinya dari Pejabat Pos Kuatan dan mendakwa wanita berkenaan telah menerima satu bungkusan yang mengandungi barangan terlarang, dan panggilan itu kemudiannya telah disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan. Melalui perbualan telefon itu, seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis telah memaklumkan bahawa mangsa perlu memindahkan wang ke akaun bank yang diberikan untuk meneruskan siasatan berhubung kes tersebut.

Sejak 16 Ogos hingga 3 September 2019 yang lalu, wanita itu dilaporkan telah melakukan sebanyak 28 transaksi yang melibatkan kesemua wang simpanan, pencen, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan juga saham amanah. Namun begitu, wanita itu mula menyedari dirinya telah diperdaya selepas cubaannya untuk menghubungi semula pegawai polis untuk bertanya status berhubung kes tersebut gagal.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend